UMRAH PREMIUM CUTI SEKOLAH
Bersama kami dalam mengerjakan ibadah umrah bermula dari 4 Februari 2025 hingga 15 Februari 2025. Penerbangan terus ke Mekah
DAFTAR SEKARANG

UMRAH FEB 2025

PROGRAM UMRAH PREMIUM CUTI SEKOLAH

Bersama dengan kami dalam mengerjakan ibadah Umrah untuk tahun 2025. Program Umrah dari tarikh 4 Februari 2025 hingga 15 Februari 2025. Antara kelebihan utama program kami :

  • Hotel 5 bintang – 100 m jarak dari Masjidil Haram. 50 m jarak dari Masjid Nabawi
  • Program lengkap bimbingan ibadah dan kursus pemantapan iman bersama pembimbing kami

 

KITA BUKAN SEKADAR BUAT UMRAH MACAM BIASA. KAMI TAWARKAN PROGRAM KEM IBADAH DI MEKAH & MADINAH

MEMPERKENALKAN PEMBIMBING UMRAH & KEM IBADAH FEBRUARI 2025

Ustaz Dzulkhairi Mohd Noor

Ustaz Dzul merupakan anak jati Pulai Chondong, Kelantan Darul Naim dan merupakan anak kedua daripada lapan orang adik beradik. Sejak di bangku sekolah lagi, beliau aktif dengan aktiviti berpersatuan dan kepimpinan antaranya pernah diamanah sebagai Ketua Badan Asrama dan Ketua Badan Dakwah ketika menuntut di Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat, Pulau Chondong Kelantan.

Setelah menamatkan pengajian di Maahad Tahfiz, beliau telah melanjutkan pengajian di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dan kemudian beroleh Ijazah Sarjana Muda Usuluddin(Al-Quran dan Hadis). Bakat kepimpinan dan semangat beliau untuk membangun ummah diteruskan lagi dengan pelbagai tanggungjawab semasa di kampus antaranya Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya(PMIUM) dan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia(GAMIS).

Kini beliau aktif sepenuh masa sebagai Ketua Syubban (Pemuda) Persatuan Ulama Malaysia(PUM) dan sebagai Penasihat Konsultan dakwah Faqih Synergize serta Perunding Latihan Kepimpinan, Future Leaders Training Centre. Antara keunikan beliau ialah, beliau aktif menulis artikel dalam beberapa majalah, menyampaikan kuliah agama di masjid-masjid sekitar Lembah Klang. Antara masjid yang beliau aktif menyampaikan kuliah dan khutbah Jumaat ialah Masjid Istiqamah Puchong, Masjid Tengku Kelana Jaya, Masjid Saidina Hamzah, Batu Muda, Masjid An-nur, Batu Caves, Masjid al- Mukarramah, Bandar Sri Damasara,Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju, Masjid As-salam, Bukit Beruntong, Masjid Sungai Udang,Klang dan pelbagai masjid  lagi.

PENGISIAN PROGRAM UMRAH BERSAMA KAMI

Perlaksanaan Ibadah Umrah Minimum 4 Kali

Ziarah Percuma Ke Taif & Kawasan Bersejarah

Kem Ibadat Khusus Pemerkasaan Solat Sunat

Penerapan Cara Hidup Sunnah Mengikut Rasulullah SAW

Pengamalan Disiplin, Pemantapan Komunikasi & Penghayatan Cara Hidup Islam

Kursus Khas Pemantapan Iman & Amalan Harian Mengikut Acuan Islam

KENAPA ANDA PERLU PERGI DENGAN KAMI KALI INI?​

Hotel Bertaraf 5 Bintang
Jarak yang sangat dekat ke Masjidil Haram (100 meter) dan Masjid Nabawi (50 meter).

Penerbangan Terus
Menggunakan Malaysia Airlines atau setaraf (KUL-JED-MED-KUL).

Bimbingan Sepanjang Ibadah
Modul khas Fiqh & Tadabbur untuk memperkayakan pengalaman rohani anda

Eksklusif
Kumpulan kecil untuk pengalaman yang lebih peribadi.

TENTANG KAMI 

AHMAD TRAVEL SERVICES SDN BHD

Kami merupakan syarikat pelancongan milik penuh bumiputra yang beroperasi di Semenanjung Malaysia. Kami menawarkan Pakej Percutian Muslim dalam dan luar negara.

Kami juga terlibat dalam memberikan servis menguruskan tiket penerbangan, pakej pelancongan seperti hari keluarga, lawatan penyelidikan pelajar, perjalanan syarikat, pakej bulan madu, permohonan visa dan lain-lain perkhidmatan.

Kami menawarkan pakej pelancongan dan perkhidmatan agensi pelancongan dengan kualiti yang terbaik/ dan kami mementingkan kepada hubungan ukhwah Islamiah sesama saudara Islam dan tanggungjawab terhadap agama.

Insya'allah, perjalanan umrah anda akan lebih mudah dengan bantuan dan bimbingan yang diberi oleh AHMAD TRAVEL SERVICES SDN. BHD.

PILIH PAKEJ UMRAH ANDA

PAKEJ EXCLUSIVE

RM 11,500
  • Hotel 5 Bintang , Jarak < 100 m dari Masjid
  • 4 orang Sebilik
  • Makan Pagi, Tengahari & Malam
  • Visa Umrah
  • Pengangkutan
  • Umrah minimum 4 Kali
  • Percuma Ziarah Kota Mekah, Taif & Madinah
  • Penerbangan Terus Ke Mekah Atau Madinah
  • Percuma Bagasi Umrah
  • Bimbingan Umrah & Kursus Pemantapan Iman
  • Bimbingan Ibadat & Solat Sunat

PAKEJ PREMIUM

RM 12,000
  • Hotel 5 Bintang , Jarak < 100 m dari Masjid
  • 3 orang Sebilik
  • Makan Pagi, Tengahari & Malam
  • Visa Umrah
  • Pengangkutan
  • Umrah minimum 4 Kali
  • Percuma Ziarah Kota Mekah, Taif & Madinah
  • Penerbangan Terus Ke Mekah Atau Madinah
  • Percuma Bagasi Umrah
  • Bimbingan Umrah & Kursus Pemantapan Iman
  • Bimbingan Ibadat & Solat Sunat
Popular

PAKEJ ELITE

RM 13,000
  • Hotel 5 Bintang , Jarak < 100 m dari Masjid
  • 2 orang Sebilik
  • Makan Pagi, Tengahari & Malam
  • Visa Umrah
  • Pengangkutan
  • Umrah minimum 4 Kali
  • Percuma Ziarah Kota Mekah, Taif & Madinah
  • Penerbangan Terus Ke Mekah Atau Madinah
  • Percuma Bagasi Umrah
  • Bimbingan Umrah & Kursus Pemantapan Iman
  • Bimbingan Ibadat & Solat Sunat

Soalan Lazim

Ya, harga pakej sudah termasuk tiket penerbangan pergi dan balik menggunakan Malaysia Airlines atau setaraf. Penerbangan adalah penerbangan terus tanpa transit untuk keselesaan para jemaah.

  • Di Makkah: Hotel Makkah Clock Tower hanya 80 meter dari Masjidil Haram, memudahkan anda untuk menunaikan ibadah tanpa perlu berjalan jauh.
  • Di Madinah: Hotel Anwar Al Madinah Movenpick hanya 50 meter dari Masjid Nabawi, memberikan kemudahan terbaik untuk solat berjemaah.

Jemaah akan dibimbing oleh Ustaz berpengalaman sepanjang perjalanan iaitu Ustaz Dzulkhairi Mohd Noor termasuk pengisian rohani seperti modul Fiqh & Tadabbur. Jemaah juga akan diberikan sokongan penuh sepanjang berada di tanah suci.

Ya, lawatan ke tempat-tempat bersejarah di Makkah, Madinah, dan Taif termasuk dalam pakej. Anda akan dibawa untuk menziarahi lokasi yang mempunyai nilai sejarah Islam tinggi seperti Bukit Uhud, Masjid Quba, dan lain-lain.

Tidak, visa umrah akan diuruskan sepenuhnya oleh pihak kami. Anda hanya perlu menyediakan dokumen yang diperlukan seperti salinan pasport dan gambar pasport untuk proses permohonan visa.

Disclaimer

Semua maklumat, harga, dan jadual perjalanan adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal sekiranya terdapat keperluan atau arahan dari pihak berkuasa atau perubahan polisi penerbangan dan hotel.Pihak Ahmad Travel Services Sdn Bhd tidak bertanggungjawab atas sebarang isu teknikal, cuaca, atau faktor luar jangka yang berada di luar kawalan kami sepanjang perjalanan.Sebarang pembatalan selepas pendaftaran akan tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Hakcipta © 2024 Ahmad Travel Services Sdn Bhd. Semua kandungan, gambar, dan maklumat di laman ini adalah hak milik Ahmad Travel Services Sdn Bhd dan tidak boleh digunakan semula, disalin, atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak syarikat.